Wednesday, April 30, 2008

Refleksologi Dan Anda

Wednesday, April 30, 2008
Tahukah anda bahawa anda sendiri boleh mengubati diri anda tanpa mengeluarkan sesen duit pun... Ketahuilah bahawasanya ALLAH telah siap-sedia menyediakan satu teknik perubatan yang amat hebat pada diri anda sendiri..

Teknik ini dipanggil sebagai refleksologi..


Refleksologi adalah satu teknik perubatan yang melibatkan proses pengurutan pada bahagian tapak kaki anda..Teknik ini dikatakan berasal daripada China beberapa abad yang lalu.Refleksologi moden kemudiannya diperkenalkan di Amerika pada tahun 1913 oleh seorang pakar telinga, hidung dan tekak, by William H. Fitzgerald, M.D. (1872-1942), dan Dr. Edwin Bowers. Fitzgerald. Mereka mendakwa bahawa dengan mengenakan tekanan pada bahagian tertentu; ia mendatangkan kesan anestatik pada kawasan tubuh yang lain.

Refleksologi dibangunkan dengan lebih mendalam oleh seorang jururawat dan ahli terapi fisio yang bernama Eunice D. Ingham (1899-1974). Beliau menyatakan bahawa kaki dan tangan sangat sensitif dan dipetakan (dihubungkan) kepada segenap tubuh badan melalui ransangan refleks pada bahagian kaki. Pada masa ini, refleksologi lebih dikenali sebagai zon terapi.

Teknik ini hanya memerlukan anda memicit bahagian-bahagian tertentu di mana bahagian itu sebenarnya bersambung dengan anggota-anggota badan yang tertentu..

Tubuh kita sebenarnya dibahagikan kepada 12 meridian. Saya agak kurang pasti tetapi ketika melihat rancangan drama X-files yang digemari ramai satu ketika dulu. Ia pernah menyatakan tentang kewujudan meridian ini pada tubuh manusia. Ia terbukti apabila tubuh diletakkan satu cecair yang bersinar melalui satu aliran di dalam tubuh di mana ia tidak melalui saluran darah.

Benarlah kata-kata yang menyatakan apabila kita mengenali diri maka kita akan mengnali ALLAH.. Betapa hebatnya ALLAH yang menciptakan ubat bagi penyakit pada tubuh badan kita sendiri... SubhanaALLAH...

Pada carta ini, warna tertentu menggambarkan bahagian organ dan tubuh yang tertentu:





Otak
Perut

Sinus
Spleen

Suara
Hati

Kelenjar Pituitari

Gall Bladder

Tekak
Kelenjar Adrenal

Mata
Pankreas

Telinga
Buah pinggang

Ketiak
Ureter

Bahu dan lengan
Bladder

Paru-paru dan dada
Kolon

Hati
Usus Kecil

Tiroid danBronkial
Coccyx

Solar Plexus
Sciatic Nerve

Diaphragm
Peyer's Patches

Appendiks


Rajah yang menunjukkan titik-titik urutan refleksologi

Saya amat beruntung kerana dapat mempelajari teknik perubatan ini melalui bapa saya yang telah mengamalkannya semenjak 15 tahun yang lalu. Beliau pada masa itu telah memulakan teknik ini walau pun ianya belum popular di Malaysia. Walau pun, kaum keluarga yang lain tidak mempercayai keberkesanan teknik ini, namun beliau dengan kekuatan jiwa dan ketabahan hati meneruskan jua teknik ini berbekalkan keyakinan yang tersulam di hati selama pengalaman yang yang dikutip di sepanjang pengamalan teknik refleksologi ini.

Selama 15 tahun ini juga, kami sekeluarga TERLALU JARANG ke klinik. Penyakit seperti resdung, lelah. sakit gigi dan pening kepala yang selalu melanda ahli keluarga akan sembuh dengan KEIZINAN ALLAH apabila beliau mempraktikkan teknik ini..

Saya amat berbangga dengan beliau kerana beliaulah yang banyak mengajar saya erti kehidupan dan bagaimana hendak menjadi seorang manusia yang berguna. Saya akan berusaha untuk mempelajari teknik urutan refleksologi ini dengan lebih mendalam lagi agar saya dapat menggunakannya untuk berkhidmat kepada ahli keluarga saya khususnya dan masyarakat sekeliling amnya..

Akhirnya, saya menyarakan kepada semua lelaki agar dapat mempelajari teknik refleksologi agar mereka dapat merawat penyakit-penyakit yang biasa pada ahli keluarga mereka. Ini adalah kerana, setiap lelaki akan menjadi seorang ketua keluarga. Dan ini adalah salah satu tanggung jawab mereka...

Tuesday, April 29, 2008

Tidak perlu maklum keluarga jika peluk Islam

Tuesday, April 29, 2008
Oleh Sazarina Shahrim (Berita Harian 29/04/2008)

KUALA LUMPUR: Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak/Sivil ke-18 sebulat suara berpendapat tidak perlu bagi seseorang yang ingin memeluk Islam memaklumkan hasratnya itu kepada keluarga terlebih dulu.

Persidangan tiga hari di Seremban yang berakhir kelmarin itu, memutuskan tiada nas mensyaratkan supaya pemakluman kepada keluarga dibuat sebelum seseorang itu memeluk Islam.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, dalam satu kenyataan semalam, berkata persidangan itu juga memutuskan peruntukan undang-undang sedia ada mengenai kemasukan Islam serta perkara berkaitan dengannya sudah mencukupi dan ia perlu diteruskan.


"Ahli persidangan berpendapat supaya perkara pemakluman ini diserahkan kepada kebijaksanaan orang yang ingin memeluk agama Islam itu sendiri.

"Bagaimanapun, kaedah pendaftaran, penjagaan dan pengajaran mualaf perlu digubal dengan mantap dan berkesan," katanya yang mempengerusikan persidangan itu.

Persidangan yang disertai Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri, Mufti Negeri, Ketua Hakim Syarie Negeri serta Pengarah Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri itu diadakan bagi membincangkan mengenai cadangan mewajibkan orang bukan Islam yang ingin memeluk Islam memaklumkan kepada keluarga mereka mengenai status agama mereka.

Cadangan itu dibangkitkan pada mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 10 April lalu.


Perdana Menteri menjelaskan cadangan untuk memperkenalkan peraturan baru itu bertujuan mengelak berbangkit masalah apabila mereka yang memeluk Islam meninggal dunia kelak.

Abdullah dilaporkan berkata, dengan adanya peraturan baru itu, orang bukan Islam yang memeluk Islam perlu mempunyai dokumen yang menunjukkan keluarganya dimaklumkan mengenai agama barunya.

Wan Mohamad bagaimanapun berkata, selepas dibincangkan secara terperinci, persidangan itu berpendapat tiada keperluan untuk melaksanakan cadangan berkenaan.

"Berdasarkan hukum syarak juga, kewajipan dan tanggungjawab terhadap ibu bapa yang tidak memeluk Islam tidak terhenti meskipun seseorang itu sudah memeluk Islam," katanya.


KOMENTAR Psyga:

Pada pendapat saya, desakan yang dibuat oleh MCA berkaitan dengan pengisytiharan seseorang individu yang ingin memeluk Islam adalah agak keterlaluan. Sekiranya, seseorang individu ingin memeluk apa yeng penting bagi dia adalah satu mekanisme untuk melindungi dia daripada ancaman kaum keluarganya.

Saya mempunyai pengalaman ketika menjadi Pengerusi Jawatankuasa Saudara Baru ketika belajar di UTM dahulu. Ketika, ada seorang gadis berbangsa Cina ingin memeluk Islam, dia telah tersilap memberitahu rakan-rakannya. Lantas, rakan-rakannya memberitahu ibu bapanya tentang perkara berkenaan.

Ibu bapanya telah datang bertemu saya dan seorang Ustaz PPIPS untuk berbincang tentang perkara berkenaan. Selepas beberapa ketika kami berbincang, kedua ibu bapanya mengambil keputusan untuk memberhentikan anaknya daripada pengajian di UTM.

Selepas itu, saya pergi ke Pejabat Jabatan Agama Islam Johor untuk membincangkan tentang perkara berkenaan. Saya bertanyakan kepada seorang pegawai di situ tentang mekanisme untuk menyelamatkan akidah seorang Muslimah yang cuba ditukarkan agamanya kembali oleh ahli keluarganya. Namun jawapan yang saya terima amat mengecewakan. Beliau hanya menjawab bahawa jabatan agama Islam tidak ada kuasa untuk menghalang seseorang daripada murtad.

Nah, apakah perasaan anda sekiranya seseorang saudara seagama anda dipaksa menukarkan agama yang dijanjikan Allah balasan syurga kepada agama lain yang tidak diperakui oleh Allah.. Di mana dosa syirik adalah dosa yang terlalu berat. Manusia yang bertemu Allah dalam keadaan syirik akan dijatuhkan hukuman neraka...Na'uzubiLLAH...

Oleh kerana itu, saya memohon kepada pihak berkuasa untuk memikirkan satu mekanisme untuk menyelamatkan akidah saudara-saudara seagama kita daripada gejala murtad yang semakin berleluasa sekarang....



Ayat-ayat Cinta

Adakah saudara-saudara telah membaca novel ayat-ayat cinta karangan Habiburrahman Al-Sherazy??


Apa pendapat saudara tentang cerita yang dipaparkan di dalam novel tersebut??




Dan adakah saudara melihat movie ayat-ayat cinta?


Apakah perbezaannya??

Monday, April 28, 2008

Salam Perpisahan Buat Pelajar SKBB

Monday, April 28, 2008
Tanggal 18/04/2008 merupakan hari terakhir, saya menjalani praktikum di Sekolah Bandar Baru Bangi, Jalan 2/1, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Sudah lama saya ingin menulis berkenaan pengalaman saya berada di SKBB namun masa yang terhad membataskan gerak jari-jemari untuk mengetuk papan kekunci bagi melakarkan lembaran pengalaman yang terukir ketika latihan praktikum selama 3 bulan di SKBB

Terlalu banyak pengalaman yang saya kutip di sepanjang perjalanan hidup saya sebagai guru pelatih di sekolah ini. Pengalaman mengawal pelajar di dalam kelas yang nakal-nakal, komunikasi dengan para guru-guru, hubungan dengan pentadbir sekolah dan juga pengalaman menguruskan segala aktiviti atau pun kerja sebagai seorang guru.

Sebenarnya, saya memasuki bidang perguruan ini di atas beberapa sebab. Walau pun sudah lebih 3 tahun saya bekerja di sektor swasta

Pengawalan Terhadap Pelajar Nakal

Saya mempunyai beberapa pelajar yang nakal. Sebenarnya, agak sukar untuk kita para guru membentuk pelajar menjadi insan yang baik mengikut lunas-lunas agama tanpa kerjasama dari pihak ibu bapa.

Saya pernah memanggil beberapa orang pelajar

Komunikasi Dengan Guru-guru

Para guru sepatutnya mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi. Di dalam kemahiran komunikasi, yang perlu ditekankan adalah sikap bertolak ansur, kawalan nada suara, pandangan mata dan gerak tubuh.


Hubungan Dengan Pentadbir

Hubungan dengan 'boss' kita iaitu guru besar merupakan satu perkara yang amat kritikal. Ini adalah kerana sekiranya kita tidak 'kamcing' dengan guru besar, kemungkinan besar kenaikan pangkat agak sukar buat kita.

Masalah guru besar yang tidak mesra dengan para guru juga berlaku di SKBB. Wajahnya boleh dikatakan tidak pernah menguntumkan senyuman, namun saya memahami tugas berat yang dipikulnya membuatkan beliau menjadi seorang manusia yang sedemikian rupa. Bagi saya, guru besar SKBB berjaya menjalankan tugasnya sebagai guru besar dengan cemerlang.

Arahan-arahan yang diberikan oleh beliau terutamanya yang melibatkan keceriaan sekolah, dipatuhi sepenuhnya oleh saya bersama-sama dengan rakan-rakan guru praktikum yang lain. Oleh kerana SKBB akan memasuki pertandingan Sekolah Cemerlang pada tahun ini, maka dapat dilihat para guru sibuk menghias sekolah dan menguruskan sistem pemfailan setiap jawatankuasa yang ada di sekolah.

Namun, ketika melihat situasi ini, terdetik di hati saya tentang berita yang pernah keluar di TV3 yang menyatakan 60 peratus kerja-kerja guru adalah kerja pengkeranian. Situasi di SKBB seolah-olah membenarkan perkara ini...

Apakah tindakan para guru bagi mengatasi masalah ini bagi memastikan tumpuan guru adalah kepada proses pengajaran dan pembelajaran??

Sebelum saya terlajak ke bahagian yang lain, kita berpatah semula kepada topik asal iaitu hubungan dengan para pentadbir.

Bagi pendapat saya, hubungan yang baik di antara para guru dan pentadbir perlu diwujudkan bagi memastikan sekolah mampu melahikan barisan guru yang berdedikasi dan berdaya saing.


MAJLIS PENUTUP


Pada pukul 10.00 pagi, kami telah mengadakan majlis perpisahan buat para guru praktikum yang akan menamatkan latihan mereka pada hari ini...

Saya diamanahkan untuk menyampaikan ucapan selaku Ketua Guru Praktikum (satu status yang saya tolak banyak kali tetapi terpaksa menerima jua di atas desakan rakan-rakan). Di dalam ucapan, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada SKBB yang sudi menerima kami untuk menjalani latihan di sini. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru terutamanya guru pembimbing (Kak Saniah, Kak Azizah, Cikgu Maan) yang telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami.

Jasa kalian tidak akan kami lupakan....

Saya juga membawakan satu hadis Rasulullah yang menyatakan tentang 7 golongan yang akan


Terima kasih SKBB....




Sunday, April 13, 2008

Ibarat Dunia

Sunday, April 13, 2008
Dunia ini ibarat pentas lakonan,
manusia itulah pelakonnya, dan
pengarah utamanya Al-Quran dan
As-Sunnah skripnya.


Malaikat sebagai jurugambarnya.
Islam jalan ceritanya.
Kiamat kesudahan penggambarannya
Berkumpul di Padang Mahsyar adalah tempat menerima penganugerahnnya...

Rasulullah PELAKON terbaiknya
Allah adalah jurinya
Syurga dan neraka itu adalah trofinya

Guru Dan Institusi Pendidikan

Guru merupakan tenaga pekerja yang terpenting di dalam sesebuah negara...Guru perlu menjaga kliennya yang merupakan aset negara yang bakal menentukan masa depan negara.

Permasalahan yang saya lihat ketika berada

Saturday, April 12, 2008

Pemberitahuan Kuliah Bahasa Arab

Saturday, April 12, 2008
Assalamualaikum,

Kuliah Bahasa Arab

Kuliah Bahasa Arab secara percuma diadakan di Surau Al-Ehsan di Seksyen 2, Bandar Baru Bangi...Barangsiapa yang berminat bolehlah menghadirkan diri ke surau pada setiap sabtu. Kedah pembelajarannya amat mudah diikuti dan difahami. Sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

Masa : Selepas Maghrib
Hari : Setiap Sabtu
Tempat : Surau Al-Ehsan, Seksyen 2, Bandar Baru Bangi

Pengajar : Ustaz Maan Bin Diran

BERSAMA-SAMALAH KITA MEMPELAJARI BAHASA AL-QURAN

Persoalan Khilafah dan Ulil Amri...Islam dan Demokrasi

Baru-baru, saya bersama-sama dengan rakan seperjuangan, Fadhlul Rahimi, Hazwan dan Syakir membincangkan beberapa persoalan pokok berkenaan prinsip Hizbut Tahrir bersama-sama dengan 3 orang Syabab Hizbut Tahrir...

Majlis debat yang dijalankan secara aman di rumah kami ini bermula dari pukul 10.00 malam... Majlis ini merupakan cetusan idea dari saudara Fadhlul Rahimi yang telah mengemukakan beberapa soalan kepada salah seorang syabab melalui e-mail...


Pada pusingan pertama, saudara Fadhlul Rahimi selaku Pengerusi Majlis telah mengemukakan soalan pertama...Beliau meminta wakil syabab untuk menyatakan apakah yang dimaksudkan dengan Khilafah seperti yang diperjuangkan oleh Hizbut Tahrir selama ini....

Saudara Fadhlul Rahimi cuba menanyakan persoalan-persoalan tentang sejarah silam zaman Khilafah Islam...Namun, kami tidak dapat jawapan yang memuaskan kerana hampir semua fakta sejarah yang diuangkapkan oleh beliau tidak mampu dijawab oleh wakil Hizbut Tahrir...

Saya juga sempat menanyakan soalan berkenaan kenapakah ALLAH telah menggunakan perkataan Khalifah di dalam surah Al-Baqarah. Sedangkan pada ayat yang lain, ALLAH menyatakan supaya kita mentaati ulil amri... Jadi, saya bertanyakan kepada mereka apakah perbezaan di antara istilah Khalifah dan Ulil Amri...Kenapakah kita diarahkan untuk mentaati Ulil Amri dan bukannya kepada Khalifah??

Namun, saya juga menemui kekecewaan kerana mereka tidak mampu menjawab soalan saya dan seterusnya tidak dapat merungkai kekusutan yang berada di dalam benak kepala saya...



Persoalan berkenaan demokrasi juga turut dibincangkan di dalam majlis debat tersebut...Mereka menyatakan bahawa Hizbut Tahrir menolak demokrasi kerana menurut mereka demokrasi adalah berasal daripada Barat... dan ianya tidak dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Pada akhir majlis, saudara Azwan telah mengemukakan 2 resolusi kepada 3 orang syabab tersebut sebagai hasil kepada perbincangan kami yang memakan masa hampir 4 jam... 3 resolusi itu adalah:
  • Ahli Hizbut Tahrir digesa untuk mengundi pada pilihanraya yang akan datang...Ini adalah kerana ramai daripada mereka telah "mengabaikan" tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat...
  • Pengarang Sautun Naudah perlu menjaga penulisan mereka agar setiap artikel yang dikeluarkan tidak menyerang jemaah yang lain....
Saudara Fadhlul Rahimi pula telah menyatakan satu lagi resolusi kepada mereka iaitu:
  • Ahli Hizbut Tahrir perlu menjaga adab-adab di dalam berjemaah..
Namun, saya merasa agak terkilan kerana syabab Hizbut Tahrir tersebut hanya menyatakan satu sahaja resolusi iaitu kami dikehendaki untuk menegur mereka di dalam laman web mereka mykhilafah.com sekiranya mereka mengeluarkan artikel yang berbau permusuhan terhadap jemaah lain...


Majlis debat pada malam itu berakhir pada pukul 02.00 malam...Kami bersalaman dan bergambar sebelum berpisah... Kami mengharapkan perbincangan-perbincangan seperti ini akan dapat terus diadakan agar kebenaran hakiki akan dapat dicari dan titik pendamaian akan dapat dimeterai di kalangan ahli-ahli jemaah yang berlainan idealogi dan method perjuangan...


Kemelut Hidup Seorang Muslim

Hidup seorang muslim adalah bermula daripada ia dilahirkan ke dunia dengan berbekalkan tangisan sehinggalah dia menghembuskan nafas yang terakhir meninggalkan dunia yang fana ini dengan bekalan amalan...

Segala amal perbuatan yang dilakukan akan dihisab oleh ALLAH S.W.T...Segala perbuatan kita jua akan dipertontonkan di Akhirat kelak di hadapan trilion penduduk bumi...Di kala itu, muka-muka manusia luruh kerana menahan malu yang amat sangat...Oleh kerana itu, Saidina Umar Al-Khattab pernah menyatakan:

"Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab dan timbangkanlah amalan kamu sebelum ianya ditimbangi"

Sebelum kita pergi dengan lebih jauh, apakah yang membezakan di antara insan yang melakukan amalan bersandarkan dengan ilmu dan insan yang melakukan amalan dengan membabi buta dan hanya terikut-ikut dengan amal
an manusia lain?



Seorang muslim yang sejati perlu mendalami ilmu agama terutamanya ilmu fardhu ain dan juga ilmu-ilmu yang lain agar ia dapat memandu dirinya ke arah jalan yang diredhai oleh ALLAH...Sebagai contoh, seorang yang ingin menuju ke Kuala Terengganu daripada Seremban...Dan dia belum pernah pergi ke Kuala Terengganu...Apakah yang dia perlukan?? Tentulah sekeping peta yang dapat memberi panduan kepada dirinya agar dia tidak sesat...Begitulah jua dengan seorang Muslim...


Salam Persahabatan



Assalamualaikum,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ALHAMDULILLAH di atas keizinanan ALLAH yang telah menghidupkan saya di atas muka bumi ALLAH ini...

Tugas kita sebagai seorang manusia bukan hanya sekadar mencari rezeki sebagai memenuhi kehendak fitrah kita... Di sana, wujudnya tugas yang amat berat yang perlu kita pikul sebagai hambaNYA...

Tugas kita sebagai KHALIFAH di atas muka bumi ini amat berat...Sebagaimana yang dinyatakan oleh ulama, bahawa tugas kita untuk mendirikan agama dan menjalankan siasah dengan agama...

Kita sebagai manusia perlu mengingati janji yang telah kita nyatakan kepada ALLAH sebelum kita dilahirkan di atas muka bumi ini... Janji kita untuk mengtauhidkan ALLAH di dalam segenap aspek kehidupan kita...

Nikmat yang ALLAH berikan kepada kita terlalu banyak... Maka perlulah kita bersyukur di atas segala nikmat yang terima selama ini... Semenjak tangisan kita yang pertama sehinggalah hari ini dan hari-hari yang mendatang...

DaripadaNYA kita datang dan kepadaNYA kita dikembalikan...
 
Psyga © 2008. Design by Pocket