Saturday, April 12, 2008

Persoalan Khilafah dan Ulil Amri...Islam dan Demokrasi

Saturday, April 12, 2008
Baru-baru, saya bersama-sama dengan rakan seperjuangan, Fadhlul Rahimi, Hazwan dan Syakir membincangkan beberapa persoalan pokok berkenaan prinsip Hizbut Tahrir bersama-sama dengan 3 orang Syabab Hizbut Tahrir...

Majlis debat yang dijalankan secara aman di rumah kami ini bermula dari pukul 10.00 malam... Majlis ini merupakan cetusan idea dari saudara Fadhlul Rahimi yang telah mengemukakan beberapa soalan kepada salah seorang syabab melalui e-mail...


Pada pusingan pertama, saudara Fadhlul Rahimi selaku Pengerusi Majlis telah mengemukakan soalan pertama...Beliau meminta wakil syabab untuk menyatakan apakah yang dimaksudkan dengan Khilafah seperti yang diperjuangkan oleh Hizbut Tahrir selama ini....

Saudara Fadhlul Rahimi cuba menanyakan persoalan-persoalan tentang sejarah silam zaman Khilafah Islam...Namun, kami tidak dapat jawapan yang memuaskan kerana hampir semua fakta sejarah yang diuangkapkan oleh beliau tidak mampu dijawab oleh wakil Hizbut Tahrir...

Saya juga sempat menanyakan soalan berkenaan kenapakah ALLAH telah menggunakan perkataan Khalifah di dalam surah Al-Baqarah. Sedangkan pada ayat yang lain, ALLAH menyatakan supaya kita mentaati ulil amri... Jadi, saya bertanyakan kepada mereka apakah perbezaan di antara istilah Khalifah dan Ulil Amri...Kenapakah kita diarahkan untuk mentaati Ulil Amri dan bukannya kepada Khalifah??

Namun, saya juga menemui kekecewaan kerana mereka tidak mampu menjawab soalan saya dan seterusnya tidak dapat merungkai kekusutan yang berada di dalam benak kepala saya...



Persoalan berkenaan demokrasi juga turut dibincangkan di dalam majlis debat tersebut...Mereka menyatakan bahawa Hizbut Tahrir menolak demokrasi kerana menurut mereka demokrasi adalah berasal daripada Barat... dan ianya tidak dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Pada akhir majlis, saudara Azwan telah mengemukakan 2 resolusi kepada 3 orang syabab tersebut sebagai hasil kepada perbincangan kami yang memakan masa hampir 4 jam... 3 resolusi itu adalah:
  • Ahli Hizbut Tahrir digesa untuk mengundi pada pilihanraya yang akan datang...Ini adalah kerana ramai daripada mereka telah "mengabaikan" tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat...
  • Pengarang Sautun Naudah perlu menjaga penulisan mereka agar setiap artikel yang dikeluarkan tidak menyerang jemaah yang lain....
Saudara Fadhlul Rahimi pula telah menyatakan satu lagi resolusi kepada mereka iaitu:
  • Ahli Hizbut Tahrir perlu menjaga adab-adab di dalam berjemaah..
Namun, saya merasa agak terkilan kerana syabab Hizbut Tahrir tersebut hanya menyatakan satu sahaja resolusi iaitu kami dikehendaki untuk menegur mereka di dalam laman web mereka mykhilafah.com sekiranya mereka mengeluarkan artikel yang berbau permusuhan terhadap jemaah lain...


Majlis debat pada malam itu berakhir pada pukul 02.00 malam...Kami bersalaman dan bergambar sebelum berpisah... Kami mengharapkan perbincangan-perbincangan seperti ini akan dapat terus diadakan agar kebenaran hakiki akan dapat dicari dan titik pendamaian akan dapat dimeterai di kalangan ahli-ahli jemaah yang berlainan idealogi dan method perjuangan...


0 comments:

 
Psyga © 2008. Design by Pocket