Thursday, May 29, 2008

Temuduga Sebagai "Calon Jenazah"

Thursday, May 29, 2008
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA
SEBARANG PENGECUALIAN.

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan
Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk
jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula
dari
saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,
termasuk sijil saham di pasaran terbuka
mahupun saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes
mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta
serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg
cantik, hensem atau berbadan tegap atau
seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan
Amal serta sedekah jariah sebagai
sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang
berkaliber untuk menjemput anda.
Ia akan menjemput anda pada bila-bila
masa saja (mungkin sekejap lagi).
Ia akan berlembut kepada orang-orang
tertentu dan akan bengis kepada
orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA
TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh
Ahmad
Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang
itu diletakkan di dalam kuburnya,
sesungguhnya jenazah itu mendengar suara
terompah kasut) orang-orang yang
menghantarnya ke kubur pada saat mereka
meninggalkan tempat itu. Jika
mayat itu seorang muslim, maka solat
yang dilakukannya ketika beliau masih
hidup
di dunia akan diletakkan di kepalanya,
puasanya diletakkan disebelah
kanannya, zakatnya diletakkan di
sebelah
kirinya dan amalan kebajikan
daripada sedekahjariah, silaturrahim,
perkara kebajikan dan ihsan
diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras
kepala, maka solat itu berkata kepada
malaikat : dari arasku tidak ada jalan
masuk. Kemudian malaikat berpindah
ke sebelah kanan, maka puasa berkata
kepadanya : dari arasku tidak ada
jalan masuk. Kemudian malaikat
berpindah
kesebelah kiri, maka zakat
berkata
kepadanya : dariarasku tidak ada jalan
masuk. Kemudian di datangi dari
arah kedua hujung kakinya dan
berkatalah
amal-kebajikan : di bahagianku
tidak ada jalan masuk.
Maka malaikat berkata kepadanya :
Duduklah kamu. Kepadanya (mayat)
memperlihatkan matahari yang sudah mula
terbenam, lalu malaikat bertanya
kepada mayat itu : Apakah pandangan
kamu
tentang seorang laki-laki
(Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa
bercakap tentangnya; dan bagaimana
penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata
mayat itu : Tinggalkan aku
sebentar,
aku hendak sembahyang. Maka berkata
malaikat : Sesungguhnya engkau akan
mengerjakan solat (boleh saja solat)
tetapi jawab dahulu apa yang kami
tanya ini. Apakah pandangan kamu
tentang
seorang laki -laki Muhammad) yang
kamu dahulu sentiasa bercakap
tentangnya; dan bagaimana penyaksian
kamu
kepada
nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki
itu ialah! Nabi Muhammad saw dan
aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw
itu ialah pesuruh Allah yang
membawa kebenaran daripada Allah
Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat
berkata
kepada mayat itu :
Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu
juga kamu dimatikan dan dengan
demikian juga kamu dibangkitkan semula
diakhirat insya'Allah. Kemudian
dibuka baginya satu pintu syurga, maka
dikata padanya itulah tempat kamu
dan itulah janji Allah bagi kamu dan
kamu akan berada di dalamnya. Maka
bertambahlah gembira mayat itu.
Kemudian
dilapangkan kuburnya seluas 70
hasta dan disinari cahaya baginya".

Sunday, May 25, 2008

Empat syarat pakai gelang bermagnet

Sunday, May 25, 2008
Gelang bermagnet yang semakin popular dipakai lelaki dengan niat membaiki kesihatan harus memenuhi empat syarat, kata ketua penolong mufti Perak, Zamri Hashim.

Syarat-syarat tersebut:

  • Pemakainya tidak beriktikad (yakin di dalam hati) bahawa gelang itu memberi kesan kesembuhan kerana yang memberi kesan itu hanyalah Allah,
  • Pemakainya tidak berniat memakainya kerana menyerupai wanita dan bukan untuk bermegah-megah.
  • Gelang mesti terbukti mempunyai kesan saintifik dan secara klinikal mempunyai pengaruh terhadap pengaliran darah di dalam tubuh seperti didakwa oleh pakar yang berwibawa.
  • Jika pemakaian gelang itu menimbulkan fitnah terhadap maruah si pemakai, lebih baik lelaki itu memakai baju berlengan panjang yang dapat menyembunyikan gelang berkenaan.

Menurut Bernama, pandangan ketua penolong mufti diterbitkan oleh Jabatan Mufti Perak

Tuesday, May 13, 2008

Ajar kenal makanan halal, haram

Tuesday, May 13, 2008
Assalamualaikum


Di sini saya sertakan satu artikel yang menarik berkaitan dengan isu makanan halal yang saya bincangkan pada hari ini. Ia dikirim oleh seorang sahabat saya yang bekerja di Prima Agri. Artikelnya adalah seperti berikut:

MAKANAN membentuk darah daging. Kata-kata itu biasa didengari lantas sumber makanan perlu diselidiki supaya diketahui status halal atau haramnya.

Tidak dinafikan makanan adalah keperluan jasmani yang harus dipenuhi. Halal dan baik adalah syarat utama saat menghidang makanan untuk umat Islam.

Justeru, mengetahui makanan halal sangat penting, tidak hanya kepada orang tua yang berkewajipan menyediakan makanan untuk anak-anak, malah anak-anak perlu dididik untuk mengetahui halal haram sesuatu makanan.

Bagaimana mengenalkan makanan halal dan haram kepada anak-anak? Bimbingan berikut boleh dijadikan panduan:

Mengenalkan label halal.

Perkenalkan makanan yang sudah mendapatkan pengesahan halal, bermula dengan makanan ringan.

Label bertulisan jawi halal lazimnya ditampal pada dinding premis, namun perlu diperhatikan tarikh yang tercatat pada sijil halal berkenaan.

Mengenalkan kandungan makanan.

Ajar anak-anak untuk mengamati setiap kandungan makanan yang tertera pada bungkusan atau bekas makanan. Jika di dalamnya mengandungi bahan yang meragukan seperti gelatin, pastikan ia daripada sumber halal.

Gelatin biasanya ada pada makanan yang lembut dan sedikit kenyal seperti jeli, aiskrim dan puding. Tiga jenis makanan ini termasuk makanan kegemaran anak-anak oleh itu, penting memberitahu mereka mengenai kandungannya supaya anak-anak terdidik untuk berhati-hati sebelum memilih makakan.

Memperlihatkan poster barangan haram. Poster antidadah misalnya, boleh dilihat di mana-mana malah di jalan raya.

Gunakan saluran itu untuk memperkenalkan kepada anak makanan yang haram seperti kandungan dadah atau alkohol serta pelbagai bahaya akibat makanan haram itu.

Menunjukkan makanan yang haram ketika berbelanja.

Apabila berbelanja di pasar atau pasar raya bersama anak-anak, tunjukkan pada mereka makanan atau minuman yang tidak seharusnya diambil oleh umat Islam.

Ibu bapa boleh menunjukkan kepada anak-anak contoh minuman beralkohol yang haram diminum, kebiasaannya dijual di pasar raya besar supaya mereka mulai berwaspada sejak kecil.

Mengunjungi pameran produk halal.

Jika ada kesempatan, ajak anak-anak mengunjungi pameran produk halal. Di ruang pameran, disajikan makanan dan minuman yang sudah mendapat sijil halal. Anak akan menjadi lebih berpengetahuan, malah menyedari bahawa banyak produk makanan halal yang boleh mereka nikmati.

Halal dari segi memperoleh makanan.

Penting untuk mendidik anak bahawa makanan yang halal tidak hanya dilihat daripada zatnya saja, tetapi cara memperolehnya.

Makanan yang zatnya halal, tetapi diperoleh dengan cara haram, tetap menjadi haram.

Mendidik anak mendapatkan rezeki dengan cara halal juga boleh menyemai nilai dan cara hidup yang baik.

Mengenalkan makanan halal melalui kegiatan makan bersama.

Makan bersama juga boleh dijadikan cara memperkenalkan makanan halal kepada anak-anak. Tanamkan rasa syukur dengan makanan yang sudah tersedia, sekali gus mendidik mereka mengenai adab makan dan minum.
Abdullah Abas
Future Halal Food Consultant

Monday, May 12, 2008

Adakah Anda Memeriksa Makanan Anda??

Monday, May 12, 2008
Assalamualaikum,

Permasalahan status halal makanan proses yang dihasilkan oleh sektor makanan di Malaysia amat menarik minat saya. Kenyataan yang menyatakan bahawa 80% pengusaha makanan proses yang mendapat status halal dari JAKIM terdiri dari NON-MUSLIM mendatangkan keresahan di dalam hati kita.

Adakah benar mereka layak mendapat pengiktirafan halal dari JAKIM. Bagaimana bentuk inspection yang dilakukan oleh JAKIM yang membuatkan pihak JAKIM memberikan status halal kepada barang makanan proses yang dihasilkan oleh mereka?

Saya masih teringat ketika kecil dahulu, ramai kawan saya yang suka minum air Kickapoo. Sekarang pun, saya selalu terserempak dengan kawan-kawan yang minum air tersebut. Namun, sekarang barulah saya mendapat tahu bahawa bahawa air tersebut dihasilkan oleh SYARIKAT ARAK yang bernama MONARCH BEVERAGE. Saudara boleh merujuk pada laman web di bawah untuk meneliti kebenarannya.

http://www.kickapoo joy.com/history. html



Ini cuma satu contoh kecil yang saya boleh berikan. Sebenarnyat tahap kesedaran umat Islam terhadap kepentingan makanan halal masih lagi rendah. Umat Islam tidak mahu mengkaji makanan yang dimakan oleh mereka sehinggakan mereka malas untuk melihat kandungan yang tertera di pembungkus makanan proses tersebut. Inilah yang membuatkan umat Islam semakin hari semakin keras hati mereka untuk menerima dan mempraktikkan ajaran Islam secara syumul.


Tahukah saudara sebenarnya banyak makanan yang terdapat di pasaran mempunyai kandungan babi di dalamnya?


Babi merupakan satu makhluk ALLAH yang dicipta dengan sedemikian rupa sehinggakan setiap organ dari tubuh boleh memberi faedah kepada manusia. Namun, ini semua merupakan satu ujian kepada manusia sama ada manusia benar-benar mengikuti aturan ALLAH yang tidak membenarkan manusia memakannya atau pun tidak.

Menurut satu maklumat yang saya terima, saudara perlu berhati-hati dengan makanan yang mempunyai emulsifier E471. Ini adalah kerana emulsifier adalah lemak babi sebenarnya.

Marilah kita sama-sama menilai setiap suap makanan yang masuk ke dalam perut kita setiap hari sama ianya halal atau pun tidak. Moga kita tidak termasuk di dalam golongan yang mana daging mereka dibakar oleh api neraka kerana ianya terbina daripada makanan-makanan haram.

Makanan Hotel Tidak HALAL???

Assalamualaikum,

Tubuh badan manusia adalah terbentuk daripada makanan yang dimakannya saban hari. Setiap unsur yang terdapat di dalam makanan memberikan kesan kepada pembentuk fizikal dan rohani setiap individu.



Bagi setiap Muslim, apa yang penting kepada dirinya adalah sama ada halal atau haram sesuatu makanan tersebut. Sesuatu makanan boleh menjadi haram sama ada disebabkan unsur yang membentuknya (ada sesuatu yang haram seperti babi/anjing/najis) atau pun kaedah mahu pun cara untuk mendapatkan sesuatu makanan melalui jalan haram (seperti mencuri/rasuah).


Namun, tahukah saudara-saudara sekalian makanan yang terhidang di hotel-hotel di seluruh Malaysia diragui status halalnya??

Berikut adalah satu petikan yang saya ambil blog dr Azwan. Saudara-saudara boleh meneliti apa yang cuba disampaikan oleh beliau dan mula berfikir dan membuat penilaian terhadap apa jua yang kita makan selama ini..


HASIL TULISAN DR AZWAN http://drazwan.blogspot.com/. (Dari Laman Web PPIM)


Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, wakil PPIM dan 2 orang Chef.

Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang.

Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.

Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?

Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?

Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.

Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.
Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana ... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita...

Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.

Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.

Selain daripada Arak , ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana ... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.

Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan
untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh . Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....

Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.

Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.

Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.

JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.

Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalam an daripada 2 orang Chef jemputan. Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita.

Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila kongsikan kepada semua pembaca.

 
Psyga © 2008. Design by Pocket