Monday, May 12, 2008

Adakah Anda Memeriksa Makanan Anda??

Monday, May 12, 2008
Assalamualaikum,

Permasalahan status halal makanan proses yang dihasilkan oleh sektor makanan di Malaysia amat menarik minat saya. Kenyataan yang menyatakan bahawa 80% pengusaha makanan proses yang mendapat status halal dari JAKIM terdiri dari NON-MUSLIM mendatangkan keresahan di dalam hati kita.

Adakah benar mereka layak mendapat pengiktirafan halal dari JAKIM. Bagaimana bentuk inspection yang dilakukan oleh JAKIM yang membuatkan pihak JAKIM memberikan status halal kepada barang makanan proses yang dihasilkan oleh mereka?

Saya masih teringat ketika kecil dahulu, ramai kawan saya yang suka minum air Kickapoo. Sekarang pun, saya selalu terserempak dengan kawan-kawan yang minum air tersebut. Namun, sekarang barulah saya mendapat tahu bahawa bahawa air tersebut dihasilkan oleh SYARIKAT ARAK yang bernama MONARCH BEVERAGE. Saudara boleh merujuk pada laman web di bawah untuk meneliti kebenarannya.

http://www.kickapoo joy.com/history. html



Ini cuma satu contoh kecil yang saya boleh berikan. Sebenarnyat tahap kesedaran umat Islam terhadap kepentingan makanan halal masih lagi rendah. Umat Islam tidak mahu mengkaji makanan yang dimakan oleh mereka sehinggakan mereka malas untuk melihat kandungan yang tertera di pembungkus makanan proses tersebut. Inilah yang membuatkan umat Islam semakin hari semakin keras hati mereka untuk menerima dan mempraktikkan ajaran Islam secara syumul.


Tahukah saudara sebenarnya banyak makanan yang terdapat di pasaran mempunyai kandungan babi di dalamnya?


Babi merupakan satu makhluk ALLAH yang dicipta dengan sedemikian rupa sehinggakan setiap organ dari tubuh boleh memberi faedah kepada manusia. Namun, ini semua merupakan satu ujian kepada manusia sama ada manusia benar-benar mengikuti aturan ALLAH yang tidak membenarkan manusia memakannya atau pun tidak.

Menurut satu maklumat yang saya terima, saudara perlu berhati-hati dengan makanan yang mempunyai emulsifier E471. Ini adalah kerana emulsifier adalah lemak babi sebenarnya.

Marilah kita sama-sama menilai setiap suap makanan yang masuk ke dalam perut kita setiap hari sama ianya halal atau pun tidak. Moga kita tidak termasuk di dalam golongan yang mana daging mereka dibakar oleh api neraka kerana ianya terbina daripada makanan-makanan haram.

0 comments:

 
Psyga © 2008. Design by Pocket